JALALUDIN BIN HAJI AHMAD adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada Februari tahun 1983. Syarikat ini telah diasaskan oleh Jalaludin Bin Hj. Ahmad.
Syarikat ini juga turut menyediakan khidmat profesional yang berkaitan dengan kontraktor kelas F. Syarikat ini berjaya mendapat dan menyiapkan kerja-kerja yang diperolehi daripada Pejabat daerah Gombak atau mana-mana sektor kerajaan danswasta mengikut tempoh dan jadual yang ditetapkan.
Disamping itu syarikat kami juga menyediakan khidmat perunding profesional dalam bidang hiasan dalaman serta hiasan luaran banggunan/lanskap. Ini kerana permintaan terhadap sektor tersebut amat mendapat sambutan di masa kini. Untuk memenuhi kehendak dan keperluan, syarikat ini turut membekal, membuat dan memasang kabinet pasang siap mengikut citarasa pengguna.
MOTO SYARIKAT KAMI
"QUALITI BERASAKAN PENGALAMAN, KREATIVITI & INOVASI"
0 comments:
Post a Comment